A Special Edition Review
By Cynthia Lee (Guest Blogger)
By Cynthia Lee (Guest Blogger)
Encik Bung nak kahwin Zizie Izette
Saya pulak nak kahwin Dato
Tumpang lalu saya nak 'enter frame'
Hari ini saya nak membelog
Maafkan saya pantun tak berima
Pasal saya membelog malam-malam!
Maafkan saya pantun tak berima
Pasal saya membelog malam-malam!
Sekiranya anda keliru, saya Cynthia dari laman blog yang agak kurang memberangsangkan INI. Ada masanya saya juga memainkan peranan Nur Kasih Suhana di lokasi INI. =D Alangkah gembira dapat membelog dalam bahasa Malaysia! (terasa nak nyanyi lagu Zee Avi!)
Tiada topik tertentu, tetapi sekadar ulasan yang akan saya kongsi hari ini. Oh yah, kita juga akan berpantun. Pantun mengikut gaya saya! =P
Beg Oh Beg
Ingin saya bergelar Datin
Sejak kecil sampailah besar panjang
Tunggu punya tunggu sampailah bila
Beg berjenama langkah pertama
Ingin saya bergelar Datin
Sejak kecil sampailah besar panjang
Tunggu punya tunggu sampailah bila
Beg berjenama langkah pertama
Untuk peminat fanatik tas tangan tanpa mengira had harga, serlahkan imej ke-datin-an anda dan layari lah laman blog kepunyaan tuan punya yang tak bernama - Shopaholic Anonymous.
Chanel Replika RM480 | Gucci Tote RM100 | LV Tote RM100 | Guess Snakeskin RM100
Beg tangan replika Chanel yang datang dengan perincian bak gegelang berwarna-warni pada tali beg. Sesuai untuk anda-anda yang bergelar diva dan ingin menang gelaran DIVA segala diva, inilah begnya! Terdapat juga variasi dompet inspirasi dari jenama-jenama yang sinonim dengan kaum hawa yang ketagihkan aksesori tangan cantik, anggun dan megguris hati melihatnya! Kalau saya jadi anda, terus saya klik di SINI. =D
Bunga Oh Bunga!
Hari-hari boyfriend bertanya
Aduhai kekasih bila nak berlawa
Selera terbuka melihat gaun flora
Dahlah cantik lagi murah gila!
Hari-hari boyfriend bertanya
Aduhai kekasih bila nak berlawa
Selera terbuka melihat gaun flora
Dahlah cantik lagi murah gila!
Tak serik memandang, motif bunga memang tak lapuk dek hujan. Sama ada maxi, blaus, mahupun beg, corak flora memang berkesan untuk menyerlahkan kemanisan/keperempuanan si gadis. Kadang-kadang, saya berasa memang impak baju ber-floral ini amatlah ketara. Kalau yang ganas pakai flora, terus tidak kelihatan ganas lagi. Betul tak? =D
Tompok merah itu namanya
Baju pre-loved si gadis Penang
Memang murah tak percaya mata
Memang murah tak percaya mata
Beli banyak ada kurang
Makcik sibuk bergosip gila
Ingin nak tampar dengan keladi
Gaya yang simple itulah dia
Kalau bukan Summeracres, siapalah lagi
Naik geram di pejabat pos
Geram kerana pakcik kentut
Aku geram tengok Sexy Stilettoes
Barang-barang semuanya cantik
Geram kerana pakcik kentut
Aku geram tengok Sexy Stilettoes
Barang-barang semuanya cantik
Oh ya! Cepat beli sebelum tahun berakhir. Khabar berita postage percuma! Untuk nikmati kadar pos percuma, jeritlah 'I'M WEARING SEXY STILETTOES'. Selamat menjerit! =D
Makcik sibuk bergosip gila
Ingin nak tampar dengan keladi
Gaya yang simple itulah dia
Kalau bukan Summeracres, siapalah lagi
Belang Oh Belang
Baru semalam ketawa girang
Terkenang si boyfriend yang sangat berjauhan
Kini masanya si gadis menunjuk belang
Belang nautika menjadi pilihan
Pagi makan petang pun makan
Terasa nak makan setiap masa
Seluar tak muat kerana banyak makan
Plus-Size Store, jemputlah ke sana
Harga rendah memang berpatutan
Kalau tak singgah memang merana
Diskaun 20% atas semua barangan di laman Vintage Cottage
Sekali dengar ingatkan stail nenek
Jangan anda di tipu namanya
Begitu in-trend tak puas menjenguk
(Dengar khabar pos percuma untuk setiap pembelian!)
Red Patches RM60-RM69 | Twitch Witch RM75
Kalau badan sudah bergaya, manalah lengkap tanpa kasut sebagai penyeri =)
Beg sudah, baju sudah, kasut pun sudah.
Kalau nak cantik, mestilah dari kepala ke kaki.
Anak kucing tertidur lena
Anak anjing berak merata
Abstrak, flora, ranggi-lah juga
Itulah pilihan skarf kat butik Riqa
Skarf sekarang dah bermacam, tidak terhad pada muslimah.
Stail ustazah kita tak main, style Yuna dan Ekin menjadi pilihan.
Lilit kepala, lilit pinggang, lilit kat bahu bolehlah juga.
Yang Cina, yang India janganlah segan, belilah satu jadi mainan.
Banyak gunanya kain skarf ni tau, Kalau tak tahu, saya tunjukkan.
Bos pula meracau-racau
Sampai sini nak cakap 'ba-bai'
Kalau tidak kerja tak habis!
Kekadang tu kan, terasa jugalah yang saya ni bagaikan epitom kepada konsep muhibah yang sedang giat di perjuangkan pemimpin negara kita. Yalah, siapalah yang giat berpakaian batik, berbicara dalam bahasa kebangsaan, dan ada masanya menari tarian kebudayaan India. >__<
Sayalah tu! =D
8 comments:
HAHAHAHA Cynth you're talented and funny. you're GIFTED :)
OMG, this post is so cute! and is that you in tudung and baju kurung?! 1Malaysia betul la :D
HAHA.. I`m a Malay & my Malay is worse than yours ! xP
yup,that's me.. I really do hope I can pancing a Dato =)
kalau ada sila kenalkan =P
weird much?! u're a 'Lee' and u're wearing a tudung.
saya bukan setakat 'Lee' =P
On my name card i am cynthia lee
wen i talk I am also Suhana
Wen i go for my Indian classical dance I am Suetha Ram Gopal =)
sorry.. I didnt get your name.. ?
hari raya vatakal!!
Haha your written Malay is pretty darn good! It'll take me months to write something like that. My command of the language is gone with secondary school :p
Oh my, you mesmerized me.
You look super cute ! :D
Post a Comment