BULLETIN BOARD

Update (9/7/2015):
Hi there! :D Welcome to YourShoppingKaki.

Advertise here: Brand new promo!

Upcoming contests:
TBA

Launched on 1/12/2010:
New affiliate website "Pasar Night" - a reselling platform for online shoppers!


Get linked on YSK!
If you would like me to link your blogshop, please read this webpage: "LINK ME".
:) We link dozens of new blogshops about twice a month!

9/9/09: We've gone Dot Com!
Welcome to www.yourshoppingkaki.com :)
If unable to enter via .com, please access our website using www.yourshoppingkaki.blogspot.com.

Featured Stores

Events & Bazaar Announcements

Featured Stores


ZenZen DreamAdvertise with YSK

Friday, August 9, 2013

Berseri-seri Di Pagi Raya

Oleh Cynthia (Guest Blogger)

Selamat Hari Raya kepada para pembaca YourShoppingKaki! Setiap tahun menjelang masa-masa raya macam ni-lah terasa ingin menulis dalam Bahasa Melayu. Hari pertama beraya, rasanya tidal perlulah lagi untuk sebarang idea membeli-belah untuk persiapan Raya. Sudah Raya pun! Hari ini, kami ingin berkongsi pula pelbagai produk lain selain fesyen. Yelah, di saat-saat raya ni, pasti pakaian sudah lama di longgok dalam almari. Tunggu nak pakai dan peraga saja kan ;)

#1: Maya Cookies



Apalah perayaan kalau tak ada kuih Raya. Bukan sahaja Raya Aidilfitri, malahan Raya Cina, Deepavali ke Krismas, memang tak lengkap kalau tak ada santapan atas 'coffee table' untuk dijamah tetamu yang datang kan? Di Maya Cookies ni satu jenis je cookies-nya - Chocolate Chip Cookies. Tapi seribu jenis packaging  kreatifnya yang pasti buat anda teringin nak beli buat hadiah untuk teman sekerja mahupun sahabat handai. Bukan sahaja untuk raya, tetapi sesuai di buat hadiah untuk pelbagai majlis keraian dari majlis harijadi, ulangtahun perkahwinan, biarpun untuk Hari Valentine!!


Kalau anda peka dan leka membeli belah secara  online, rasanya memang sudah pasti bukan sahaja baju mahupun barangan kecantikan sahaj yang akan di beli. Malahan segala apa yang 'in-trend' pasti menjadi tarikan dan faktor kepada penipisan lapisan wang kertas dalam poket tu! =D

#2: Sharp Plasmacluster Beauty Range


Pernah tak anda dengar tentang rangkaian produk Sharp Plasmacluster Beauty? Mungkin agak payah kalau nak dapatkan di kedai-kedai elektrik berdekatan di sebabkan saiznya yang terlalulah kecil kalau nak dibandingkan dengan peti sejuk, mahupun mesin ketuhar! Mesti tak nampak! haha!

Teknologi plasmacluster ni agak menarik. Agak panjang untuk dihuraikan, terutamanya di masa-masa Raya mcam ni, pasti tiada yang nak baca tentang maklumat sains dan teknologi =D
Yang pastinya, di kala musim-musim jerebu ini, produk Plasmacluster yang berfungsi untuk menjanakan ion-ion positif serta membunuh pembentukan kulat amatlah berguna untuk memastikan kesihatan kita terjamin. Selain itu, kecantikan kulit juga di pelihara sekiranya anda mengamalkan penggunaan produk plasmacluster ini yang dapat mencegah radikal bebas yang terkandung dalam udara. Radikal bebas yang terkandung dalam udara inilah yang menyumbang kepada penuaan kulit. 

Saya juga ada! Review akan datang di YSK ;)
Sharp Portable Plasmacluster Ion Generator (RM469)

Untuk mereka yang gemar berdandan, applikasi teknologi Plasmacluster untuk pengering rambut memang terbukti dapat memberi efek yang lebih bagus berbanding pengering rambut biasa. kesan statik selepas pengeringan rambut tidak wujud dengan teknologi plasmacluster. Ini menjadikan ramut anda lebih terurus dan lembut disebabkan kewujudan ion-ion plasmacluster yang dihasilkan. 

Demonstrasi teknologi plasmacluster untuk pengering rambut.

Untuk dapatkan Rangakaian Produk Kecantikan Plasmacluster Sharp, kunjungi


#3: Rangkaian Penjagaan Kulit Neesya

Tidak lengkap untuk kita membeli belah secara online kalau tidak menjenguk produk kecantikan yang tengah 'hot' di pasaran. Sebagai kaum hawa, semestinya pencarian kita tentang produk kecantikan tidak pernah berhenti. Yang pasti, memang menjadi idaman semua wanita untuk mempunyai kulit yang sihat bersinar, walaupun tanpa aplikasi bahan solek. 

Bagi yang tidak ketahui lagi tentang produk Neesya, yang juga merupakan produk tempatan, inilah masanya untuk anda mendapatkan kulit yang cerah berseri bak kilauan berlian tanpa perlu berbelanja sampai ratusan ringgit. 

Dengan penggunaan ramuan semulajadi seperti enzim buah betik (papain), pati daun aloe dan juga ekstrak Silver Vine, produk Neesya menjanjikan proses pencerahan dalam masa 2 minggu. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang kusam dan tidak sekata, semestinya mendambakan produk halal yang dapat memberikan kesan yang memberangsangkan dalam masa paling singkat.

Untuk masalah tersebut, saya rekomen untuk anda mencuba rangakaian Overnight Radiance Kit yang terdiri daripada set pengelupasan - Brightening Enzymatic Refiner, set iluminasi - Lumiscience Illuminating Essence dan masker - Lumiscience Brightening Overnight Mask



Saya pun baru mencubanya! OK tak muka tanpa mekap ni? :P
Sebelum (kiri)     |      Selepas (kanan)

#4: Trend Beauty Box

Tak perlu lagi untuk saya perkenalkan panjang lebar lagi tentang konsep 'beauty box'. Rasanya semua sudah tahu bagaimana konsep 'beauty box' ini. Berapa ramai dati anda yang membeli beauty box dan berapa banyak beauty box yang ada di pasaran tempatan ni sebenarnya?

Konsep beauty box ini adalah untuk peminat produk kecantikan yang ingin mencuba jenama produk kecantikan sebelum membeli produk dalam saiz yang sebenarnya. Kebiasaannya kalau nasib anda baik, mungkin adalah juga jenama yang murah hati dan menyediakan sampel di kaunter jualan untuk dicuban pengguna. Tetapi, ada juga jenama yang tidak ada kemudahan sedemikian. Maka, muncullah rangkaian beauty box yang membolehkan anda mencuba sampel produk kecantikan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli produk tersebut dalam saiz sebenarnya :)

Tersenarai di bawah merupakan antara beauty box yang pernah saya cuba :)


Mivva box - sentiasa saja berwarna-warni dan ceria :)
Anda boleh menjangka untuk mendapat produk seperti pewarna rambut, celak mata, krim pelembap dan pelbagai lagi produk lain yang akan dipakejkan setiap bulan mengikut konsep tertentu. Setiap langganan yang bermula dari 3 bulan ke atas, membolehkan anda mengumpul mata ganjaran MivvaPoints yang boleh digunakan untuk menebus beauty box.
Harga RM38 + RM10 poslaju



Satu-satunya konsep beauty box yang menggunakan beg. Patutnya dipanggil 'beauty bag' ni! Antara produk yang boleh anda jangkakan adalah seperti syampu, losyen pencuci badan, masker serta pelbagai lagi produk kecantikan yang berubah setiap bulan. Bagus untuk mereka yang inginkan beg solek baru setiap bulan. Sambil mencuba sampel produk, smabil mendapat beg solek baru RM39.90 (tiada langganan untuk mereka di Sabah / S'wak buat masa kini)


 
Untuk RM45 bagi sebulan langganan, terdapat antara 5-6 sampel produk untuk 'santapan' anda ;) Untuk mereka yang inginkan kejutan setiap bulan, langganan untuk 3 bulan dan ke atas juga disediakan. Setiap langganan akan memberikan anda WonderPoints yang boleh dikumpul untuk digunakan untuk menebus beauty box bila poinmata ganjaran anda mencukupi. Macam Bonuslink la katakan =D


Untuk mereka yang sudah mempunyai keserasian dengan produk yang diutarakan oleh Cosmobox dan ingin mencuba pelbagai sampel produk baru, langganan minimum sebanyak 3 kotak (untuk 3 bulan berturut-turut) pasti menjadi pilihan. Kalau yang belum mencuba sekalipun, langganan 3 bulan bermaksud setiap kotak hanyalah RM33 termasuk pos (tambah RM5 untuk pelanggan Sabah / S'wak) Dari masa ke semasa, Cosmobox juga ada beauty box edisi terhad dalam projek Collectors' Edition di mana akan ada kolaboraasi antara Cosmobox dengan jenama produk kecantikan tertentu.

Kalau anda selalu melayari laman YourShoppingKaki, memang tidak akan terlepas pandang akan ulasan saya terhadap beauty box dari Vanity Trove ini! Untuk RM50 setiap langganan, anda boleh memilih antara 5-6 sampel produk untuk dicuba. Berbeza dengan beauty box yang lain, di Vanity Trove, anda boleh tentukan sendiri dengan spesifiknya produk mana yang ingina anda cuba. Dari masa ke semasa rerdapat juga kolekso terhad yang hanya mengutarakan jenama tertentu sahaja dalam kotak tersebut, seperti kotak Kose yang baru saya dapat ni!


Walaupun sehari terlambat, kami di YourShoppingKaki ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca muslimin dan musliman yang setia menjengok YSK sepanjang waktu. Di harap semua ayu-ayu belaka dan sentiasa ceria-ceria selalu! ;)


Saban hari menatap muka sendiri
Maxi peplum kat badan memanglah cun
Cuti Raya nak ke sana ke mari
Selamat Hari Raya kami ucapkan!



Happy Shopping!
Cynthia Lee (a.k.a. YSK Guest Blogger)
Edited by YourShoppingKaki :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails