BULLETIN BOARD

Update (9/7/2015):
Hi there! :D Welcome to YourShoppingKaki.

Advertise here: Brand new promo!

Upcoming contests:
TBA

Launched on 1/12/2010:
New affiliate website "Pasar Night" - a reselling platform for online shoppers!


Get linked on YSK!
If you would like me to link your blogshop, please read this webpage: "LINK ME".
:) We link dozens of new blogshops about twice a month!

9/9/09: We've gone Dot Com!
Welcome to www.yourshoppingkaki.com :)
If unable to enter via .com, please access our website using www.yourshoppingkaki.blogspot.com.

Featured Stores

Events & Bazaar Announcements

Featured Stores


ZenZen DreamAdvertise with YSK

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya!

By Cynthia Lee (Guest Blogger)

Lagu raya rancak berkumandang
Budak kecil bertempiaran angpau di minta
Kami dari team YSK meminta ampun
Sekian lama update macam kura-kura
Pantun kini sudah tak berima
Apa nak di buat, masa tak mengizin =P

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua pembaca YourShoppingKaki. Di masa cuti sebegini, sudah tentu ramai antara kita tidak mengira bangsa, agama dan budaya yang sibuk mengambil peluang cuti panjang untuk ziarah menziarah (melahap makanan orang), ber-shopping (sampai poket kontang) ataupun berehat secukupnya (sampai badan naik) =P

Tahun ini, di cuti yang panjang ini kita bukan sahaja meraikan Hari Raya Eid Mubarak, tetapi juga meraikan kemerdekaan negara tanah tumpah darah kita.

Sinonim dengan konsep 1 Malaysia, pada pendapat saya (yang mungkin kurang bernas ini) fesyen merupakan suatu jalinan 'kemuhibahan' (entah wujud ke tidak perkataan ini) antara kita yang pelbagai budaya, agama dan bangsa. Yang membezakan kita hanyalah stail yang kita tampilkan. Namun, bagaimanapun tafsiran fesyen di kalangan kita, matlamatnya hanya satu - ingin nampak cantik dan bergaya! ;)

Di bawah nama fesyen jugalah, anda-anda, saya, mereka serta pengunjung setia YourShoppingKaki yang sentiasa mendambakan kemunculan belog-belog yang dapat memberikan nafas baru dalam dunia fesyen.

Kalau di bandingkan 2 atau 3 tahun dahulu, pakaian muslimah hanyalah pakaian semata-mata. Kini, terdapat kategori fesyen muslimah yang sememangnya menarik perhatian saya yang bukan muslimah tau!

Kini, tiada istialah siapa yang tidak boleh memakai pakaian jenis apa. Misalannya, mereka yang menutup aurat tidak boleh membeli baju yang 'mengeksploitasikan' badan. Hello!! Kini dah ada inner. Bermacam-macam inner. Gaya dan stail pemakaian masa kini bagaikan telah di rombak arus besar dengan kemunculan banyak pereka / pengusaha butik muda yang sentiasa ingin memberikan nafas baru dalam persada fesyen.

Koleksi sopan tapi ranggi dari Stellar ;)

Cik Pinkku!! Nak shawl Yuna satu!! =D

Jumpsuit pilihan untuk muslimah dan bukan muslimah dari Lollysta.

Nampak kuih raya terus naik gian
Ketupat lemang juga di sumbat
Kalau dah kembang bimbanglah kemudian
Lus S Line dari Supermodel jadi pengubat


Di dalam mood nak beraya dan bercuti panjang ini, janganlah di lupa kesihatan diri. Badan yang sihat memberikan penampilan yang menarik. Jangan lah lupa senam-senam selalu =D

Exercise band dari Sexy Saucy Spicy. Yang tepi tu sayalah yang tengah ber-yoga =P

Bila sebut sahaja tentang dunia fesyen, kita juga tidak dapat lari dari koleksi kasut yang menyebabkan jantung berdegup pantas! Pilihan saya - kasut tumit tinggi. Setinggi KLCC kalau boleh =P Anda bagaimana?


Koleksi kasut yang saya idam-idamkan dari The Fashion Barrage

Di harap pada cuti Raya dan Merdeka tahun ini para 'fashionista' semua dapat meredah rumah sahabat handai dan saudara mara dengan stail paling mengancam dan menarik sampaikan mak saudara dan nenek terlopong mulut memandang lilitan tudung stail Yuna anda!! Selamat Merdeka Raya dari kami di YourShoppingKaki! <3


Selamat Bershopping!!
Oleh Cynthia, Guest Blogger muhibah anda ;)
Di edit oleh YourShoppingKaki

3 comments:

Mechell said...

Hahahha! Only you can come up w such pantun, Cynth! Enjoyed this write up!

Lydia said...

enjoyed it too but i think she is giving hint on the heels as per the post XD

Steve Cooper said...

This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing websites that understand the value of providing a quality resource for free. australian womens shopping online boutique

Related Posts with Thumbnails