BULLETIN BOARD

Update (9/7/2015):
Hi there! :D Welcome to YourShoppingKaki.

Advertise here: Brand new promo!

Upcoming contests:
TBA

Launched on 1/12/2010:
New affiliate website "Pasar Night" - a reselling platform for online shoppers!


Get linked on YSK!
If you would like me to link your blogshop, please read this webpage: "LINK ME".
:) We link dozens of new blogshops about twice a month!

9/9/09: We've gone Dot Com!
Welcome to www.yourshoppingkaki.com :)
If unable to enter via .com, please access our website using www.yourshoppingkaki.blogspot.com.

Featured Stores

Events & Bazaar Announcements

Featured Stores


ZenZen DreamAdvertise with YSK

Tuesday, March 19, 2013

Gaya Awal Minggu

By Cynthia Lee (Guest Blogger)

Kerapkali kita lihat ulasan yang bertemakan pakaian ke kelab, ke majlis prom, mini-dress untuk berdating dan jamuan makan malam glam. Kali ini, kita tinjau pula koleksi yang lebih sederhana, labuh dan sesuai bukan sahaja di jadikan busana muslimah, tetapi juga sesuai untuk di gayakan oleh mereka-mereka yang tak tahan sejuk dan kena pakai berlapik, mereka yang tahan panas, serta mereka yang ingin mengelakkan sinaran matahari dari terkena kulit =P

Koleksi yang sesuai di gayakan oleh si tinggi lampai =D
Untuk koleksi dress dan skirt maxi sepanjang musim, mana lagi kalau bukan di La Robe


Siapa gerangan AmyHakim ni? Saya pun tak tahu siapa! Yang pasti baju-baju semua cantik-cantik belaka!
Terasa angin sepoi yang membawa aura-aura Datin dan Puan Sri yang anggun bila memakainya =D
Peplum ala Datin Seri yang sarat dengan lace dan corak kerawang Eropah yo! Sesuai di pakai kalau ada peluang di temuramah dalam rancangan Nona =D


Stail vintage yang tak lesap di telan zaman - gaya 'pinafore' zaman 70-an 
dengan padanan aksesori yang sesuai, pasti menyerlahkan lagi peribadi si pemakai ;)  

Ya, memang lawa seperti yang nama kedai siber ini - Verylawa.blogspot.com. Selain shawl yang menjadi produk utama VeryLawa, set blaus dengan skirt labuh yang di ketengahkan juga tidak kurang menariknya. Yang inginkan perhatian dan tumpuan orang ramai, semestinya corak 'puak' atau lebih di kenali sebagai tribal prints. Tapi kalau di rumah ada blaus corak pua kumbu, pun boleh juga di gayakan dengan penuh citarasa etnik!
Teruskan melawa di VeryLawa

Untuk menarik perhatian tahap maksima, pakaian bercorak besar dan cerah petua kejayaannya! =D Bagaikan menggayakan kanvas seni, warna-warna terang sememangnya sesuai untuk mereka yang berperwatakan ceria atau inginkan suasana yang lebih ceria =D. Mencerahkan lagi suasana yang suram! 

Dress labuh bercorak besar dari PrettyChase

Cardigan labuh bercorak petak dengan rona rona menarik dari Honey Pumpkin
siapa yang tak kenal ;)

Sesuai digayakan dengan pakaian yang asas seperti leggings dan mini t-shirt. Juga sesuai untuk menyembunyikan perut buncit dan pinggul besar! 

Untuk mereka yang pantang memakai  pakaian ataupun aksesori yang melebihi 2 ton warna, dress labuh dan paras midi satu ton juga satu-satunya pilihan untuk anda Cepat di pakai, senang di gayakan ;)

Skirt labuh bercorak ala gipsi dari Modish House

Walaupun stailnya sederhana, sekiranya di gayakan dengan padanan aksesori seperti beg tangan, kasut dan gelang yang sesuai, dari minah kampung ke datin diva la jadi nya!

Yang mana satu pilihan anda?


Happy Shopping!
Cynthia (a.k.a Guest Blogger for YSK)
Edited by YourShoppingKaki :)

3 comments:

PartsArcade.Com said...

Great colorful design

Unknown said...

ada lagi tak jubah yg bawah tu hitam kilat macam gambar no 2.

afizah
0127352967

Nourysh Cherysh said...

Hii cynthia!! How are u?? U know how can i contact with La Robe?? I email them thrice but still no respon.. Pls.. I really need it.. Thanks ^_*

Related Posts with Thumbnails